BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 7, 2010

GRADUASI PRA SEKOLAH NANA





Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah yang Esa......

Sebagai seorang ibu tiada apa yang lebih bermakna selain melihat kejayaan anak-anak yang dikasihi.....
Bersyukur kehadrat Allah kerana hari ini aku dapat menemani anakku Nur Aina Karmila Bt Rithauddin ke Majlis Graduasi dan Anugerah Cemerlang Pra Sekolah SKTTJ 2.

Sebelum Penyampaian Sijil bermula Nana dan kawannya mewakili Pra Impian telah mendeklamasikan sajak bertajuk "Tanah Ini Tanah Kita". walaupun batuk dan demamnya masih belum baik sepenuhnya tapi Alhamdulillah Nana dapat menyampaikannya dengan baik, mungkin kerana darah Penyajak Atuknya menagalir dalam dirinya.....

Kemudian Nana menerima Sijil Pra Sekolah.... diikuti dengan Anugerah Pencapaian Terbaik Pra Sekolah ( Tempat Kedua ) dan Anugerah Pembaca Terbaik ( Kategori Bahasa Inggeris ). Alhamdulillah, semoga anakku terus Cemerlang bukan sahaja di dunia, apa yang penting adalah Cemerlang di akhirat jua, Insyaallah.

0 ulasan: