Setahun yang lalu, pada subuh hari Isnin 27 Rejab 1430H ( ISRAK MIKRAJ ) yang hening lahirlah babyku Muhammad Isyraf Hakeem Bin Rithauddin.
Bila teringatkan saat mama melahirkanmu rasa baru semalam saat cemas itu mama lalui....
Kau dilahirkan lebih awal seminggu dari tarikh jangkaan. Pada malam itu tiba2 ada tanda2 bahawa mama akan melahirkanmu.... papa terus membawa mama ke Hospital Besar T.Jaafar pada pukul 3.00 pg di saat insan lain lena diulit mimpi......
Alangkah terkejutnya mama dan papa apabila diberitahu bahawa mama akan melahirkanmu malam itu juga secara Pembedahan 'emrgncy',,,,, di saat itu hanya Allah yg tahu perasaan mama, dan hanya satu yg mama mohon dari-Nya semoga kau selamat dilahirkan ke dunia ini walaupun papa terpaksa kehilangan mama........
Alhamdulillah, 5.30 pagi mama selamat melahirkanmu walaupun terpaksa mengharungi saat2 yang cemas itu. Kelahiranmu itu juga Ujian buat papamu yang akan menduduki peperiksaan pada keesokannya..... kepenatan papa menguruskan abang dan kakakmu serta berulang alik ke hospital menjaga mama dan membelaimu membuatkan papa terlupa seketika EXAMnya esok hari.... Mama cukup terharu dengan keikhlasan papa dan hanya mampu berdoa agar papa dipermudahkan dan diberi kejayaan ole-Nya. Alhamdulillah papa telah berjaya mendapatkan apa yg diidamkan selama ini.
Kini, 27 Rejab 1431H kau telah genap setahun...... Setiap kali aku menghayati kisah ISRAK MIKRAJ Rasulullah di kala itulah aku teringatkan saat kelahiranmu anakku... Mama n papa memberi namamu ( ISYRAF ) adalah sempena kelahiranmu pada hari ISRAK dan hari ISNIN sama seperti hari kelahiran abangmu IRFAN.....
Isyraf kaulah anakku yang terakhir ( andai ini yg ditakdirkan-Nya ).... mama tidak mampu untuk mengandung lagi, kau tak mungkin akan menerima kehadiran insan yg bergelar adik, namun mama dan papa pasrah dengan ketentuan-Nya, pasti ada hikmah disetiap perancangan-Nya......
Semoga kau menjadi anak yg soleh dunia n akhirat. Bila kau dewasa nanti bacalah coretan mama ini agar kau tahu betapa besarnya pengorbanan seorang ibu, betapa tulusnya kasih sayang seorang bapa ......... Selamat Hari Lahir untuk anakku Isyraf dan Suamiku tercinta Rithauddin ( 10 Julai .... ). Kehadiran kalian mewarnai hidup mama.... mama bahagi disampingmu. Semoga Allah terus mewarnai kehidupan kita dengan Mawaddah dan Rahmat-Nya. Amin......
Saturday, July 10, 2010
Selamat Hari Lahir .........
Monday, July 5, 2010
Semoga semuanya selamat........
Malam ini aku menemani birasku pg klinik unk scan kandungannya.
Balik dari sekolah ptg tadi ada keluar darah sikit katanya.
Klinik yang ke 5 kami pg baru dapat scan.
Dktor bg MC, esok dtg scan lagi sebab tak berapa jelas kedudukan janin, jantung pun tak nampak degupannya..... Ya Allah, harap semuanya selamat. Sedih nampak wajahnya yang begitu sedih bercmpur bmbang, maklumlah kandungan sulung. Aku hanya mampu menemani dan berdoa untuknya.......
Sunday, July 4, 2010
Sajak seorang isteri - Ustaz Pahrol
Tersentuh hati ini bila membaca sajak ini ......
MAAFKANKU WAHAI SUAMI
Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta
Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena
Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti
Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu…
Namun cabaran terlalu
Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu
Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
kau pelindung ku
Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku wahai suami!
Hanya ada sayang untukmu....
Mataku dah mula mengantuk. Sebelum tidur inginku luahkan disini sebagai catatan blogku hari ini......
Hati yang terluka hanya Allah yang tahu..... walau sebesar manapun marah, benci dan dendamku padamu namun perasaan sayang ini mengatasi segalanya. Biarlah ku pujuk sendiri hati yang lara. Aku sangat mengenalimu..... walaupun ku tahu engkau tak pernah membenciku namun diriku sebagai wanita yang lemah adakalanya tewas juga dalam mengawal emosi dan perasaanku. Ada ketikanya hatiku juga tersentuh dengan sikapmu itu namun jauh di sudut hati aku amat menyayangimu kerana kau tercipta untukku, kaulah teman suka dukaku, teman dikala hati ini kesepian.....
Maafkan aku sayang andai aku juga pernah menyakiti hatimu. Ku ingin kau tahu bahawa aku tidak mampu membencimu kerana perasaan sayang ini tetap untukmu dulu, kini dan selamanya andai itu yang ditakdirkan untukku.
Saturday, July 3, 2010
Permata hati penyejuk mata
Kau ditakdirkan untukku....

Kita disatukan dengan kehendak keluarga tanpa mengenali satu sama lain.
Saat kau melafazkan ikrar untuk menerimaku sebagai suri hidupmu hanya satu pintaku
pada yang Esa agar menghadirkan perasaan kasih, sayang dan cintaku padamu.
Kini aku bahagia disampingmu walaupun cinta itu hadir selepas kita disatukan.
Kaulah sahabat dan teman suka dukaku.... Terima kasih kerana sudi mewarnai hidupku......
Siapalah aku tanpa ayah dan ibu
Tercipta jua akhirnya.....
Kali pertama menulis di Blog yang ku cipta sendiri.......
Banyak perkara yang nak dikongsi dan diluahkan.
Blog ini antaranya adalah berkisar tentang Kehidupanku ( HAYAATI ) bersama insan2 tersayang yg telah mewarnai hidupku selama ini........





