BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 4, 2010

Hanya ada sayang untukmu....

Mataku dah mula mengantuk. Sebelum tidur inginku luahkan disini sebagai catatan blogku hari ini......
Hati yang terluka hanya Allah yang tahu..... walau sebesar manapun marah, benci dan dendamku padamu namun perasaan sayang ini mengatasi segalanya. Biarlah ku pujuk sendiri hati yang lara. Aku sangat mengenalimu..... walaupun ku tahu engkau tak pernah membenciku namun diriku sebagai wanita yang lemah adakalanya tewas juga dalam mengawal emosi dan perasaanku. Ada ketikanya hatiku juga tersentuh dengan sikapmu itu namun jauh di sudut hati aku amat menyayangimu kerana kau tercipta untukku, kaulah teman suka dukaku, teman dikala hati ini kesepian.....
Maafkan aku sayang andai aku juga pernah menyakiti hatimu. Ku ingin kau tahu bahawa aku tidak mampu membencimu kerana perasaan sayang ini tetap untukmu dulu, kini dan selamanya andai itu yang ditakdirkan untukku.

0 ulasan: