Setahun yang lalu, pada subuh hari Isnin 27 Rejab 1430H ( ISRAK MIKRAJ ) yang hening lahirlah babyku Muhammad Isyraf Hakeem Bin Rithauddin.
Bila teringatkan saat mama melahirkanmu rasa baru semalam saat cemas itu mama lalui....
Kau dilahirkan lebih awal seminggu dari tarikh jangkaan. Pada malam itu tiba2 ada tanda2 bahawa mama akan melahirkanmu.... papa terus membawa mama ke Hospital Besar T.Jaafar pada pukul 3.00 pg di saat insan lain lena diulit mimpi......
Alangkah terkejutnya mama dan papa apabila diberitahu bahawa mama akan melahirkanmu malam itu juga secara Pembedahan 'emrgncy',,,,, di saat itu hanya Allah yg tahu perasaan mama, dan hanya satu yg mama mohon dari-Nya semoga kau selamat dilahirkan ke dunia ini walaupun papa terpaksa kehilangan mama........
Alhamdulillah, 5.30 pagi mama selamat melahirkanmu walaupun terpaksa mengharungi saat2 yang cemas itu. Kelahiranmu itu juga Ujian buat papamu yang akan menduduki peperiksaan pada keesokannya..... kepenatan papa menguruskan abang dan kakakmu serta berulang alik ke hospital menjaga mama dan membelaimu membuatkan papa terlupa seketika EXAMnya esok hari.... Mama cukup terharu dengan keikhlasan papa dan hanya mampu berdoa agar papa dipermudahkan dan diberi kejayaan ole-Nya. Alhamdulillah papa telah berjaya mendapatkan apa yg diidamkan selama ini.
Kini, 27 Rejab 1431H kau telah genap setahun...... Setiap kali aku menghayati kisah ISRAK MIKRAJ Rasulullah di kala itulah aku teringatkan saat kelahiranmu anakku... Mama n papa memberi namamu ( ISYRAF ) adalah sempena kelahiranmu pada hari ISRAK dan hari ISNIN sama seperti hari kelahiran abangmu IRFAN.....
Isyraf kaulah anakku yang terakhir ( andai ini yg ditakdirkan-Nya ).... mama tidak mampu untuk mengandung lagi, kau tak mungkin akan menerima kehadiran insan yg bergelar adik, namun mama dan papa pasrah dengan ketentuan-Nya, pasti ada hikmah disetiap perancangan-Nya......
Semoga kau menjadi anak yg soleh dunia n akhirat. Bila kau dewasa nanti bacalah coretan mama ini agar kau tahu betapa besarnya pengorbanan seorang ibu, betapa tulusnya kasih sayang seorang bapa ......... Selamat Hari Lahir untuk anakku Isyraf dan Suamiku tercinta Rithauddin ( 10 Julai .... ). Kehadiran kalian mewarnai hidup mama.... mama bahagi disampingmu. Semoga Allah terus mewarnai kehidupan kita dengan Mawaddah dan Rahmat-Nya. Amin......
Saturday, July 10, 2010
Selamat Hari Lahir .........
Dicatat oleh Ayus di 10.7.10
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





0 ulasan:
Post a Comment